Program Temu Mesra ini dijalankan pada 22 Jun 2012 pada hari Jumaat. Program ini , dijalankan pada pukul 8.30 Pagi hingga 12.00 di kelas masing-masing. Sasaran bagi program ini bagi semua pelajar tingkatan 1 hingga 5.
Majlis Temu Mesra ibu bapa dan guru merupakan sebuah program yang dapat memberikan impak yang besar dalam menjana kecemerlangan diri anak-anak.
Ini kerana sokongan yang berbentuk spiritual amat diperlukan dalam membentuk jati diri dan sahsiah sebagai pemimpin di hari muka.
Program yang diadakan saban tahun ini, adalah sebagai usaha untuk meningkatkan pencapaian dan motivasi pelajar.Program ini juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk bertemu dengan guru-guru bagi membincangkan permasalahan anak mereka dan mengenalpasti prestasi pelajaran berdasarkan keputusan pertengahan tahun,
Selain itu,ibu bapa pelajar tingkatan 1, 2012 dapat mengetahui dengan lebih jelas berkaitan dengan perlaksanaan PBS ( Penilaian Berasaskan Sekolah ).
Sesi Runding Cara ini amta berkesan untuk menyampaikan nasihat dan maklumat tentang perkembangan pelajaran anak-anak pelajar.Dengan adanya pertemuan seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan antara guru dan ibu-bapa.Selepas program ini diharapkan :
1. Murid-murid dapat menetapkan kembali penetapan minda ( mind setting ) dalam mencapai kecemerlangan dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi pelajaran dari segi kualiti dan kuantiti.
2. Ibu bapa dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam memastikan kecemerlangan anak-anak mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment