Tuesday, 12 June 2012

PACUAN MINDA 2012



Pacuan minda ini yang diadakan untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 bertujuan untuk memastikan para pelajar didedahkan dengan peperiksaan masing- masing. Pacuan Minda yang diadakan di dewan sekolah bagi pelajar tingkatan 3 manakala perpustakaan sekolah bagi pelajar tingkatan 5 menampakkan hasil. Para pelajar dikehendaki untuk membentangkan tajuk -tajuk yang diberi oleh guru kepada semua murid. Murid- murid pula diwajibkan untuk membeli sebuah buku log bagi mencatit semua pembentangan oleh kawan- kawan mereka. Kehadiran murid pula diwajibkan bagi program ini. Pacuan Minda satu yang diadakan pada tahun lepas 2011 bersambung dengan pacuan minda 2 dan seteursnya pacuan minda yang terakhir iaitu Pacuan Minda 3 pada cuti semestar 2 nanti. Program ini sangat disukai oleh pelajar kerana dapat memberikan maklumat kepada kawan- kawannya. Para guru juga turut sama menghadiri program ini bagi menyokong para pelajar.
Sekitar program Pacuan Minda 2012 ::





Cikgu Hidayah bersama murid tingkatan 3

pelajar tingkatan 3 yang sedang berbincang bersama kawan

pelajar tingkatan 5 Bestari yang sedang menjawab soalan yang diberi dengan bersungguh sungguh
pelajar lelaki sedang menulis hasil perbincangan di kertas mahjong
senior form 5 sedang membentangkan tajuk mereka
pelajar perempuan tingkatan 3 sedang fokus semasa program dijalankan
sempat lagi 'berposing'
pelajar perempuan tingkatan 3 memberikan senyuman yang paling manis

Cikgu Halijah kelihatan serius semasa program bersama tingkatan 5

Pacuan Minda Tingkatan 5 yang diadakan di Pusat Sumber Sekolah

membentangkan tajuk dengan gaya yang tersendiri

tekun

Program yang berakhir pada hari Sabtu cuti semestar 1 berakhir jam 12.00 tengah hari. Para pelajar sanggup menghadiri demi kejayaan yang akan dicapai kelak. Harapnya para pelajar tingkatan 3 dan 5 dapat memberikan keputusan peperiksaan yang memberangsangkan. AMIN !

No comments:

Post a Comment