Wednesday, 23 May 2012

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Kami, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas dengan penuh rasa sedar dan tanggungjawab berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1. Sentiasa berusaha memberi dan menawarkan perkhidmatan yang cekap, telus, layanan yang mesra dan segera kepada setiap pelanggan tanpa prasangka dan diskriminasi.

2. Menjana pelajar berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan warga negara yang berdaya saing selaras dengan Wawasan 2020.

3. Setiap pelajar diberi peluang yang adil dan saksama bagi mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu mengikut minat dan kecenderungan masing – masing.

4. Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan secara langsung dan tidak langsung sepanjang masa persekolahan.

5. Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah.

No comments:

Post a Comment