Sunday, 29 April 2012

INFO SEKOLAH


Moto "Menjana Kecemerlangan Pendidikan Sejagat"
Ditubuhkan Jun 2000
Dirasmikan 14 Mac 2001
Jenis Sekolah Menengah Berasrama Harian
Pengetua Tuan Hj.Daud bin Abdull
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik -
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Darma Taksiah binti Kamaruddin
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Zulkefli bin Salleh
Pengerusi PIBG Tuan Haji Azman bin Mohamad Noor
Lokasi KM 9, Telok Mas, Melaka
Kemasukan Pelajar 1000 pelajar
Nama singkatan S.M.K.T.M
Laman web [1]
Telefon (+6)06-2615292
Faks (+6)06-2619422


 

VISI DAN MISI SEKOLAH

Visi:

SMK Telok Mas ialah sebuah sekolah berasrama terbaik di Melaka dan berpotensi mencapai keputusan cemerlang, sekaligus menarik minat dan keyakinan masyarakat setempat.
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas Menjadi Sebuah Sekolah Yang Terbilang Di Malaysia Menjelang Tahun 2015.


Misi:

SMK Telok Mas berhasrat untuk menghasilkan pelajar berkualiti di bidang kurikulum dan kokurikulum dan sahsiah terpuji, di samping menghasilkan jaguh sukan di peringkat zon mahupun negeri.
Demi merealisasikan Visi, kami Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas akan:
  • Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
  • Mengoptimumkan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif.
  • Memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

PENCAPAIAN SEKOLAH

  • Johan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008
  • Johan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri 2008
  • Johan Anugerah Sekolah Cemerlang Harian Bandar Berasrama Peringkat Kebangsaan 2008
  • Johan Anugerah Sekolah Cemerlang Harian Bandar Berasrama Peringkat Negeri 2008
  • Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan 2008
  • Johan Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Negeri 2008
  • Tempat ke-11 Pertandingan F1 In Schools Peringkat Kebangsaan 2007
  • Johan Pertandingan F1 In Schools Peringkat Zon Selatan 2007
  • Tempat ke-9 Pertandingan Rimup F1 In Schools Peringkat Kebangsaan 2007
  • Saguhati Program Sekolah Selamat - Sekolah Bandar Peringkat Kebangsaan 2006
  • Johan Program Sekolah Selamat - Sekolah Bandar Peringkat Negeri 2006
  • Saguhati Anugerah Sekolah Selamat (ASAT) Peringkat Kebangsaan 2006
  • Johan Anugerah Sekolah Selamat (ASAT) Peringkat Negeri 2006
  • Johan Sekolah Bersih Dan Indah Peringkat Negeri 2006
  • Johan Sekolah Bersih Dan Indah Peringkat Daerah 2006
  • Johan Pertandingan Ceria Merdeka Peringkat Negeri 2006
  • Johan Pertandingan Ceria Merdeka Peringkat Daerah 2006
  • Tempat ke-4 Bilik Operasi Buku Teks (BOSS) Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2005
  • Johan Bilik Operasi Buku Teks (BOSS) Cemerlang Peringkat Negeri 2005
  • Johan Pusat Sumber Cemerlang - SMK Bandar Peringkat Negeri 2005
  • Naib Johan Bengkel ERT Peringkat Negeri 2005
  • Tempat ke-3 Makmal Sains Tulen Peringkat Negeri 2005
  • Johan pertandingan bola baling peringkat Negeri Melaka 2012

LAGU RASMI SEKOLAH

Berjuang beramal amalanku
Ceria mesra selalu prinsip hidupku
SMKTM jadikan pusat ilmu
Putera puteri SMKTM terus maju

SMKTM sekolah kebanggaan kita
Menjadi sekolah tercinta
Gigih cekal berjuang pasti jaya
Kecemerlangan menjadi visi kita

Ayuhlah wahai rakan semua
Bersatu teguhkan perjuangan kita
SMKTM jadikan gedung ilmu
SMKTM terus maju jaya

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM) mula dibina pada bulan Jun 2000 di atas sebidang tanah seluas 6.32 hektar di kawasan Telok Mas di bawah DUN Alai. Sekolah ini terdiri daripada 4 blok utama iaitu Blok A (pentadbiran), Blok B (bilik darjah), Blok C (makmal sains) dan Blok D (bengkel dan pusat sumber). SMK Telok Mas juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dengan kapasiti maksimum 400 orang pelajar.

Bermula dengan 8 buah kelas Tingkatan 1 dan 3 buah kelas Tingkatan 2. Pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada kumpulan pertama pelajar Rancangan Khas (RK) seramai 160 orang dan selebihnya pelajar Rancangan Biasa. Pelajar Tingkatan 2 pula terdiri daripada pelajar-pelajar yang asalnya bersekolah di SMK Seri Mahkota dan SMK Ayer Molek. Jabatan Pelajaran Negeri Melaka juga telah menempatkan seramai 5 orang pelajar Rancangan Khas Sukan (RKS).

Pelajar Rancangan Khas (RK) terdiri daripada pelajar yang mendapat keputusan UPSR yang cemerlang dan memuaskan tetapi gagal untuk mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di asrama sekiranya terpilih, manakala pelajar Rancangan Biasa (RB) terdiri daripada pelajar yang tinggal berhampiran dengan sekolah dan mendapat keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A 2C untuk bersekolah di sekolah ini.

Atas persetujuan orang ramai, Kerajaan Negeri Melaka telah mempertimbangkan permohonan tersebut untuk membiayai yuran makan dan minum pelajar-pelajar Rancangan Khas yang ditempatkan di asrama sebanyak RM1.00 seorang (sehari) bermula pada tahun 2002 sehinggalah kini. Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) pada 28 Februari 2001 dan disahkan pada 14 Mac 2001 keputusan telah dibuat untuk menjadikan SMK Telok Mas sebagai sekolah berasrama kerajaan negeri Melaka. SMK Telok Mas telah mendapat perhatian yang jitu dari kerajaan negeri, Jabatan Pelajaran Melaka, Pejabat Pelajaran Daerah dan masyarakat setempat atas kecemerlangan yang dicapai bertahun lamanya. Buat kali pertama SMK Telok Mas telah diwarwarkan di akhbar Berita Harian pada 20 Mei 2001.

Sejarah Perpustakaan SMK Telok Mas
Pusat Sumber Sekolah SMK Telok Mas mempunyai sejarah perkembangannya tersendiri. Perkembangannya adalah seiring dengan perkembangan sekolah ini yang memulakan sesi persekolahannya pada tahun 2002. PSS SMK Telok Mas terletak di tingkat atas bangunan tiga tingkat. Pada awal penubuhannya koleksi bacaan dan buku-buku yang ada adalah sangat terhad jumlahnya. Namun hasil sumbangan individu seperti guru-guru dan tuan pengetua sendiri telah dapat menambahkan koleksi buku dan bahan bacaan yang ada.

Fungsi PSS dalam merangsang aktiviti P&P semakin menonjol. Pada tahun 2003 guru-guru mula menggunakan kemudahan BBM sepeti televisyen, OHP dan bilik tayang untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, PSS digunakan untuk aktiviti NILAM yang wajib bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Walaupun masih dalam usia yang terlalu muda, PSS SMK Telok Mas, semakin matang dalam memenuhi keperluan warga SMK Telok Mas dan pelajar-pelajar khususnya. Pada tahun 2004, PSS terus mengorak langkah untuk mempertingkatkan funsinya bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti. Dua unit ditubuhkan iaitu Bilik Warisan dan unit ‘Red Spot’ sebagai tambahan unit yang sedia ada. Sehingga ke hari ini, PSS SMK Telok Mas akan terus maju ke hadapan dan memainkan peranannya dengan lebih berkesan.

Thursday, 19 April 2012

AKTIVITi KOKURIKULUM SETIAP HARI RABU



Pada tahun ini, SMK Telok Mas telah membuat sedikit perubahan pada waktu kokukrikulum yang selalunya dijalankan pada setiap petang hari Rabu telah bertukar ke pada waktu pertama dan kedua (7.40 - 9.00 pagi) Pertukaran waktu ini menyebabkan koku wajib diikuti oleh setiap murid dan guru. Koku pagi ini mewajibkan semua guru untuk memakai baju badan uniform masing-masing.  Perjumpaan  badan uniform akan berselang seli dengan persatuan dan kelab pada setiap minggu.
Kawad kaki akan dijalankan pada setiap pagi  Rabu untuk meningkatkan disiplin pelajar.
Berikut gambar - gambar semasa Aktiviti Koku dijalankan. :




pelajar koreksional yang sedang mengajar Sentap

permandangan dari atas yang menunjukkan para pelajar sedang berkawad
Perjumpaan Persatuan Puteri Islam di surau Sek

Cikgu2 yang sedang memberi arahan

koku diwaktu pagi


cikgu-cikgu yang memakai baju badan uniform masing2

MAJLIS GRADUASI DAN MESYUARAT PIBG SEKOLAH




Pada hari Khamis lepas pihak sekolah telah selesai mengadakan PIBG dan Majlis Graduasi bagi pelajar Tingkatan 5 yang memperoleh keputusan cemerlang.


Masa : 2.00-5.00 petang
Tarikh :29.03.2012 (Khamis)
Tempat : Kompleks Japerun Telok Mas

Majlis yang diadakan serentak bersama Hari Graduasi telah berjalan dengan lancar dan sempurna.
Banyak usul yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada pihak sekolah. Tuan Pengetua sentiasa nampak yakin dan tenang sewaktu diajukan soalan. Ramai ibu bapa yang hadir bagi menyempurnakan majlis ini. Majlis Graduasi yang dijalankan bertujuan bagi menghargai pengorbanan mereka (tingkatan 5, 2011) yang telah mengharumkan nama sekolah. Majlis berakhir pada pukul 5 ptg diakhiri dengan jamuan makan bersama ibu bapa.



ahli kompang sekolah
hadiah diterima oleh pelajar cemerlang
ketibaan tetamu terhormat

barisan tetamu terhormat

bunga yang disemat pada Tuan Pengetua
 
     
        para tetamu yang dihormati